Pages

FAQs

Soalan yang Kerap ditanya Mengenai Cloth Pad & Pantyliner


Di bawah adalah senarai soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan kami. Silalah rujuk soalan-soalan tersebut sebelum menanyakan kami soalan yang hampir serupa.



Adakah cloth menstrual pad boleh bocor?
Sekiranya anda memakai pad dengan betul, ia tidak akan bocor. Kesemua Baby Snowdrop's Cloth Pad direka dengan lapisan kalis air yang mempunyai pengudaraan baik yang terletak di bahagian bawah pad untuk mengelakkan kebocoran. Cloth pad kami juga ditambah pula dengan sepasang lapisan berbentuk lengkung yang menyerap pada bahagian tepi pad untuk mengelakkan kebocoran tepi. Walaupun pad ini sangat menyerap, ia masih boleh bocor sekiranya anda tidak menukarkan pad cukup kerap, terutamanya pada hari yang banyak darah. Ini adalah cara pemakaian yang kurang betul.




Berapa lamakah cloth pad boleh bertahan dalam sehari?
Pada hari-hari biasa, pad kami kebiasaannya boleh bertahan selama lebih kurang 3-4 jam. Tempoh ini lebih pendek pada hari yang banyak darah. Secara umumnya, tukarkan cloth pad sekerap anda menukarkan pad pakai buang, kerana kuantiti darah haid begantung kepada individu berbeza.




Adakah cloth pad berbau?
Tidak menghairankan, pad memang tidak berbau. Oleh kerana cloth pad kami mempunyai pengudaraan yang sangat baik and tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh bertindak-balas dengan darah haid, tiada bau yang kurang menyenangkan dihasilkan. Darah haid secara sendirinya tidak berbau.



Adakah selesa memakai cloth pad?
Oleh kerana bahan kain yang digunakan dalam cloth pad kami dipilih dengan teliti untuk keselesaan maksimum, pemakaian pad ini adalah sangat selesa. Malah, kami jamin cloth pad kami jauh lebih selesa untuk dipakai daripada pad pakai buang.



Bukankah memakai cloth pad akan terasa basah?
Bukan, pad sebenarnya terasa kering apabila dipakai. Cloth pad kami direka khas untuk pengeringan pantas. Barangkali anda akan rasa terkejut apabila pad terasa kering dalam masa beberapa minit sahaja.


Apabila memakai pad pakai buang, saya menghadapi masalah kegatalan, ruam, dan kemelecetan. Adakah perkara yang sama akan berlaku sekiranya saya memilih cloth pad?
Tidak, cloth pad kami dibuat daripada 100% kapas semulajadi tanpa tambahan bahan kimia - tidak seperti pad pakai buang yang mempunyai komponen plastik dan bahan kimia penyerap. Pad kami lembut terhadap kulit anda dan tidak mengakibatkan ruam, sakit kulit gatal, atau sakit kemaluan. Dalam kata lain, sekiranya anda boleh memakai kemeja atau seluar kapas setiap hari, anda tidak akan menghadapi masalah dengan cloth pad!


Bagaimanakah saya harus membasuh cloth pads? Bagaimanakah saya boleh menghilangkan kesan darah?
Pembersihan cloth pad tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Secara umumnya, lebih cepat anda membersihkan pad selepas pakai, lebih sukar untuk kesan darah menjadi kekal kerana darah haid belum sempat lagi untuk kering sepenuhnya. Justeru itu, kami menasihatkan anda agar membasuh pad sebaik sahaja selepas menukarkannya; sekurang-kurangnya rendamkan pad ke dalam air yang ditambah serbuk pencuci/garam. Anda harus sentiasa menggunakan air sejuk (dari paip, bukannya dari peti ais!) untuk membasuh pad kerana air panas akan melekatkan kesan darah pada pad anda. Juga elakkan menggosak pad dengan berus untuk menghilangkan kesan darah kerana pad anda akan rosak.


Langkah pertama untuk membersihkan pad ialah bilaskan pad dengan air untuk membuang kesan dan ketulan darah. Jika kesan masih kekal, gosokkan garam bersama sabun detergen pada kesan darah, dan kemudian bilas lagi. Ulang sebanyak yang perlu. Anda boleh membasuh dengan tangan atau menggunakan mesin basuh, tetapi gunakan laundry bag bersama mesin basuh. Anda juga boleh menjemurkan pad di bawah matahari untuk memudarkan kesan darah, namun elakkan jemur sebegini terlalu kerap kerana warna cloth pad juga boleh terpudar.


Tangan akan terkena darah haid semasa membasuh cloth pad. Bukankah darah haid kotor?
Secara saintifiknya, darah haid adalah dan bebas daripada kuman sebaik sahaja keluar dari badan anda. Darah haid sebenarnya lebih kurang sama bersih seperti darah yang keluar sekiranya anda terluka.


(Mengikut agama Islam, darah haid memang perlu dicuci sebelum pad dibuang walaupun menggunakan pad pakai buang. Jadi lebih baik cuci Cloth Pad dan boleh dipakai semula, lebih jimat bukan?)


Berapa lama cloth pad dapat bertahan?
Ketahanan cloth pads berbeza mengikut cara dan bagaimana anda menjaganya. Secara puratanya, ramai yang boleh menggunakan cloth pad yang sama selama 3-5 tahun ataupun lebih. Untuk pengetahuan anda, cloth pad akan nampak kurang cantik selepas dibasuh walaupun pertama kali dibasuh. Ini adalah kerana sifat semulajadi kain Cotton Flannel yang memang akan nampak tidak seperti baru apabila dibasuh. Ini tidak mengganggu fungsi dan prestasi cloth pad.